Ada 5 Jenis Vitamin Kulit, Bukan Sekadar Vitamin C Sahaja Ye!
Ramai yang percaya kunci utama bagi mendapatkan kulit yang sihat dan cantik adalah hidrasi, dan ia memang benar. Namun jangan lupa untuk memanfaatkan pelbagai jenis vitamin untuk kulit agar ia lebih kuat di luar dan dari dalam.
Kenapa Vitamin untuk kulit itu penting?
Penjagaan kulit adalah satu perkara yang bukan sahaja perlu menjadi keutamaan malah kewajipan memandangkan kulit itu sendiri merupakan organ pada tubuh badan yang paling besar.
Disebabkan itu, ramai juga yang telah mengamalkan rutin penjagaan kulit bermula dengan produk pencuci, pelembap, toner, serum, esen, pelindung matahari, dan berkahir dengan solekan.
Malangnya, majoriti individu hanya mengutamakan penjagaan kulit pada aspek luaran tetapi tidak dalaman di mana mereka cenderung mengabaikan pemakanan dan pengambilan supplemen.
Khususnya vitamin untuk kulit, individu wajar dapatkan nutrisi yang terbaik daripada sumber makanan, minuman dan supplemen agar organ terbesar ini akan kekal lebih sihat dan cantik.
Jenis Vitamin Yang Bagus Untuk Kulit Cantik.
1. Vitamin B
Walaupun agak kurang popular, namun ia adalah antara jenis vitamin yang lengkap dengan pelbagai kategori seperti B1-thiamine, B2-roboflavin, B3-niacin, B5-pantothenic acid, B6-pyridoxine.
B3 ini bagus untuk kesihatan kulit di mana ia mampu menambahkan kekuatan selain mengurangkan kekeringan organ terbesar ini sekali gus membantu melawan masalah kulit termasuk ekzema.
Dalam pada itu, B5 juga biasa digunakan di dalam produk kulit untuk membantu membuatkan kulit lebih lembut dan licin selain meningkatkan tahap penghidratan yang penting untuk kulit.
2. Vitamin C
Merupakan vitamin untuk kulit yang paling popular, jenis vitamin C yang kaya dengan sifat antioksidan yang mampu membantu menghasilkan lebih banyak kolagen agar kulit menjadi lebih kuat.
Dalam pada itu, ia juga dipercayai boleh membantu individu melawan kanser kulit kerana ia bakal mengurangkan kerosakan atau kematian sel dan menyembuhkan tisu-tisu yang telah rosak.
Antara tanda-tanda badan anda kurang vitamin C adalah muka kelihatan pucat kerana anemia, cepat letih dan lesu, luka lambat sembuh, sering jatuh sakit kerana imuniti rendah, kulit kasar berkedut dan kering, sakit anggota badan terutama pada sendi.
Memang benar vitamin C masih boleh ditemui dalam diet pemakanan seharian, tapi melihat keadaan kehidupan yang sibuk dan penuh tekanan sekarang adalah sangat sukar sebenarnya kita hendak memenuhi keperluan zat nutrisi tubuh melalui pemakanan seharian yang sihat.
3. Vitamin E
Vitamin ini mengandungi mikronutrien yang tinggi antioksidan penting bagi membantu melawan radikal bebas. Dipercayai akan melambatkan proses penuaan sel secara semulajadi. Ia juga membantu mengurangkan kedutan kulit.
4. Vitamin F
'F' ini merujuk kepada fatty acid atau asid lemak yang biasa ditemui dalam diet tinggi khasiat asid lemak omega 3 atau omega 6. Ia membantu untuk masalah kedutan kulit, keradangan kulit, dan memberikan kelembapan serta perlindungan UV. Selain itu juga, ia turut berfungsi membantu memerangkap kelembapan dan mengurangkan kulit terlalu kering sehingga menyebabkan pelbagai masalah kulit.
5. Vitamin K
Biasa dijumpai dalam sayuran termasuk kailan, kobis, bayam, salad serta banyak lagi sayuran hijau yang segar. Tapi malangnya ramai orang tidak gemar amalkan makan sayuran hijau sertiap hari. Vitamin K ini sangat penting untuk melancarkan proses penyembuhan. Selain itu, vitamin K juga mampu membantu dalam menghilangkan kesan regangan, parut, tompokan gelap, dan lingkaran hitam bawah mata sekaligus bagus untuk kulit.
Vitamin Kulit Pilihan Saya!
✅Energyzing Soy Protein
✅SR Vita-C Plus Shaklee
Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah.
Selain anda ambil vitamin C untuk kulit cantik dan sihat, anda juga boleh ambil protin untuk membina dan membaiki kulit yang rosak menjadi sihat semula.
Asid amino sangat penting untuk proses pemulihan serta pembaikkan tisu dan juga kulit yang rosak.
Di dalam Esp Shaklee ini mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk kulit cantik dan sihat. Termasuklah 5 jenis vitamin B, Niacinamide, 9 jenis asid amino perlu, tinggi dengan kalsium dan iron.
Manfaat Asid amino di dalam Esp Shaklee:-
-Mempercepatakan proses pemulihan sel.
-Mempercepatkan kadar pembaharuan sel, menaggalkan sel-sel lama untuk memberi ruang kepada pertumbuhan sel-sel baru.
-Mengoptimumkan fungsi kulit dan menyokong penghasilan glutathione yang membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat daripada cahaya matahari.
-Membantu penghasilan hormon sihat yang penting untuk kulit.
Berminat dengan Set Rahmah Shaklee, hubungi Aina di talian 018-2123051.
Fb: Aina Nadzirah Mohd Yunus
#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023
#SetRahmahShaklee2023
#PengedarShakleePuchong
Wahh best!
ReplyDeleteSangat berbaloi....
ReplyDeleteNamanya Rahmah, tapi, manfaatnya macam exclusive sangat
ReplyDeleteYa Allah. murah sungguh ye. Rahmah sangat. moga ramai grab
ReplyDelete