Berat Ideal Dengan Intermitten Fasting



Ramai orang idamkan berat yang ideal.Nak kelihatan kurus dan cantik tampan.Ofkos!

Nak rasa lebih yakin berhadapan dengan semua orang.Lagi-lagi bila kita jenis bertemu orang setiap hari.

Disini, Aina kongsikan sedikit journey suami Aina yang berkali-kali usaha nak turunkan berat.Atas nasihat doktor dan faktor masalah kesihatan yg pelbagai, doktor sarankan supaya suami turunkan berat.


Jom kita belajar sedikit ilmu tentang:-

"MAZAHIB DIET"

 Ilmu diet dan kesihatan ini terlampau banyak dan kajian-kajian baharu oleh pakar terus dibuat, untuk pastikan ianya sesuai dan releven dengan setiap keadaan dan zaman. Aina suka baca, rujuk, bertanya dan akhirnya akan memilih untuk cuba pada diri sendiri. Supaya Aina dapat rasai sendiri pengalaman setiap jenis diet tersebut.


 Ada banyak jenis diet yang kita biasa dengar, contohnya atkins, palio, Intermittent Fasting, keto, diet telur, GM diet, suku-suku separuh dan lain-lain. Sebenarnya tidak salah atau betul dalam diet, cuma kita kene kenalpasti jenis diet yang sesuai untuk diri kita.

Suami Aina sendiri banyak kali "terciduk" sepanjang perjalanan dalam menurunkan berat badan. Berat naik dan turun ibarat yoyo adalah perkara biasa. Perlian, ejekan, kata2 semangat dan sokongan dari orang ramai adalah asam garam yang mesti kita tempuh. Kerana it is part of our journey.


 Berbalik pada Mazahib/jenis2 diet. Ada diet yang sifatnya susah tapi kesannya cepat, dan ada juga diet yang senang dan bertahan lama tetapi kesannya agak lambat. Terpulang pada keperluan dan sasaran masing2. Ada orang rancang untuk kurus hanya untuk cantik pada hari perkahwinan 4 bulan akan datang, ada orang pula rancang untuk kurus dan sihat sepanjang hidup namun dia tidak kisah walaupon mengambil masa bertahun untuk pastikan rancangannya itu berjaya.


Suami Aina bermula akhir Januari 2021 dengan berat ketika itu hampir 120kg, akhirnya mencecah berat 57kg sebulan yang lalu. Tetapi suami Aina rahsiakan dengan semua orang, kerana komposisi badan nya ketika berat 57kg itu adalah sesuatu yang TIDAK BOLEH dibanggakan. Tengok angka pada penimbang memang seronok, tapi bila tengok badan pada cermin, tak sanggup. Cengkung, tinggal tulang, bila buat full checkup, otot tiada, badan cengkung tapi lemak banyak. Ketika itu boleh dengar macam-macam komen dari orang ramai. Kencing manis ke, dah mula isap gam ke, amik barang terlarang ke, sabor je lah..


 Kemudian doktor beri nasihat kepada suami untuk "tune" semula cara diet, senaman dan lain-lain. Beberapa nasihat yang dikongsikan antaranya :


1. Berhenti fokus pada senaman kardio, mula masukkan disiplin baru dalam senaman iaitu latihan beban. Angkat dumbell, tak pon buat tekan tubi, sit up, planking dan lain2.


- supaya tubuh kita akan mula membina otot, dan mengurangkan lemak dalam badan.

- Namun jangan tinggal terus kardio, tapi selangkan dengan latihan beban. Kalau nak berlari, buat MAF Running. Kawan-kawan boleh cari dan baca tentang MAF Running☺️


2. Lebihkan pengambilan protein bersih dalam makanan, contohnya ayam, ikan, telur dengan cara masak yang sihat. Rebus, kukus, sup.


3. Kerap berpuasa, kerana berpuasa banyak manfaat antaranya memperbaiki sel-sel tubuh yang sudah mula rosak. Mengawal nafsu makan dan lain-lain.


# Aina mencadangkan supaya anda mula mengkaji, bertanya, mencuba dan paling penting mula bertindak. Jangan asyik2 tunggu isnin je, janji nak mula isnin ni. bila terlepas, plan isnin depan pulak. Sedar-sedar dah nak habis 2023 dah pon, berapa kali isnin dah, hehe. Aina  panggil monday's syndrome.


Btw, dari 120kg kepada 57kg..sekarang selepas tune semula ikut nasihat doktor tu, berat suami Aina sudah sekitar 63-65kg Alhamdulillah BMI normal dan komposisi badan makin baik tapi belum sado pon, haha.



Aina doakan anda yang membaca sharing ini, diberikan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan dan diberkati umur, rezeki dan lain-lain. Amin....☺️


Jumpa lagi di next entri uollssšŸ„°✌️

Terima kasih sudi membaca.




#shakleethrive23

#shakleetriumph23

#blogmegashaklee

Comments

  1. Banyak betul penurunan suami aina ye. Part senaman paling mencabar tapi tak boleh kita skip. tu sekarang join silat dengan anak2. biar ada senaman untuk permulaan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bestnya Dapat Makan Vitamin Shaklee PERCUMA Dengan Cash Rebate Ahli!

Tips Luka Jahitan Cepat Sihat

Bisnes Online Pilihan Yang Tepat