9 Sebab Kenapa Komuniti Bisnes Shaklee Best Sangat?

 

Assalamualaikum semua😃

Ada yang pernah tanya Aina, kenapa dan macam mana Aina boleh bertahan dalam dunia bisnes Shaklee sampai sekarang..

Diam tak diam, almost 9 tahun Aina duduk dalam bisnes Shaklee. Bermula sebagai pengguna produk terus jatuh cinta dengan kesan baik dan selamatnya produk Shaklee ni.

Masa tu, Aina bermula dengan Set Gastrik Shaklee pada tahun 2014. Then terus decide buat bisnes  setahun selepas guna Shaklee. Aina rasa excited sangat nak kongsi Shaklee Effect pada semua orang.

Sebenarnya, sebelum Aina memulakan bisnes Shaklee Aina pernah usahakan bisnes lain. Rupanya bisnes Shaklee ini jauh berbeza daripada banyak sudut. Dan sangat unik serta istimewa.

Paaaalinggg buat Aina tertarik adalah komuniti bisnes Shaklee sangat positif dan best!🥰


Apa yang best sangat komuniti bisnes Shaklee ni?

Pertama, Ukhuwah yang sangat harmoni. Ukhwah yang terjalin adalah sangat-sangat ikhlas tanpa mengira asal usul, latar belakang, tahap pendidikan, bidang kerjaya & kemahiran. Semua nya saling menyokong antara satu sama lain dengan rasa hormat & berbudi bahasa.

Kedua, setiap daripada kita saling support each other.Komuniti bisnes Shaklee ni Best jika kita turut berada di dalamnya. Tapi jika kita sendiri memilih untuk tidak bersama, rasa sangat rugi sebab we need each other & takkan rasa kebersamaan tu kalau itu yang kita pilih. 



Ketiga, pengisian rohani yang sangat banyak dan membina jiwa. Even with Shaklee our team ada selawat setiap hari secara beramai-ramai didalam talian. Ada juga sesi perkongsian tadabbur Al-Quran oleh Master Zainul setiap malam Jumaat. Seronokkk sangat..Circle yang menghidupkan hati-hati kita sebagai manusia dan hamba Allah.

Masya Allah Tabarakallah...

Alhamdulillah syukur dengan komuniti yang harmoni dengan perjuangan misi rahmatun lil alameen. Bisnes dengan circle yang membawa kearah kejayaan dunia dan akhirat. 

In shaa Allah ❤️

Keempat, dapat ugrade knowladge serta improve banyak skill. Banyak knowledge yang lebih advance bila bersama Shaklee. Kalau dulu bermula dengan tiada keyakinan tapi sekarang Aina rasa yakin sangat nak berhadapan dengan ramai orang. Aina jumpa diri Aina yang sebenar💪🔥.

Masya Allah Tabarakallah...



Kelima, community bisnes Shaklee ni best sebab sentiasa ingatkan keseimbangan antara dunia dan akhirat. Muamalat dalam berniaga dan saling sentiasa mengingatkan tentang keberkatan rezeki dan siapakah pemberi rezeki yang kadangkala kita terleka ketika mengejar sales.. terlupa kepada Allah yang memberikan rahmat dan rezekinya.

Keenam, pengisian ilmu sangat penting. Ada sahaja kelas yang berbayar mahupun percuma, online mahupun offline. Segalanya telah tersedia. Hanya perlu bijak memilih yang mana satu. Namun semuanya sangat relevan dan up to date. Ilmu sangat penting untuk membuatkan kita mahir dalam memberi konsultansi kepada pelanggan.

Ketujuh, group bisnes ini sangat lah kukuh kerana wujud lebih daripada 20 tahun.Semua leader amat berpengalaman, gembira berkongsi apa jua pengalaman dan ilmu mereka. Aina sangat salute dengan perjuangan Master Hajah Salwa dan Master Hj Hussin. Pasangan hebat ini menunjukkan bahawa company Shaklee sangat berdiri teguh. Tidak pernah lewat atau terlambat membayar bonus kepada setiap pengedarnya.



Sebagai seorang suri rumah yang mengadap anak-anak dan suami 24jam 7 hari sangat lah mencabar kalau tak ada kawan. Dengan adanya circle Shaklee yang super duper positif membentuk Aina menjadi seorang yang berfikiran waras dalam bertindak melakukan sesuatu perkara.

Kelapan, dengan adanya Marketing Langit yang selalu dititik beratkan di dalam bisnes Shaklee sangat membantu Aina menjalani kehidupan seharian. Berkawan dengan sahabat yang dari pelbagai kisah kehidupan dan kerjaya hebat membuka mata Aina kepada dunia yang lebih luas.

Kesembilan, walaupun berbeza tahun,pasti akan ada berbeza cabaran. Kami diingatkan supaya tetap berpegang teguh pada tali Allah, letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Dia. Keberkatan bukanlah diukur semata-mata dengan naiknya rank dalam bisnes, namun usaha ikhtiar dan doalah sebagai kayu pengukur.Semakin dekat hubungan kita dengan Allah, In Sya Allah segala urusan akan dipermudahkan. Tetap fokus berusaha dan buat kerja kita sebagai hamba, selebihnya Allah akan berikan.

Inilah sebab-sebab komuniti bisnes Shaklee best sangat!

Haissyy! kalau nak cerita bestnya bisnes shaklee memang tak habis ni..hehe..nnti ada lagi, Aina kongsikan lagi ye😊

Alhamdulillah...syukur sampai tahap ini Aina dan seluruh team Safura Empire bertahan.Haza min Fadli Rabbi❤️

In Sya Allah akan setia selamanya dengan komuniti bisnes Shaklee ini.

Allahumma ameenn...


Saudara SeIslam,

Aina Yunus🌹


#shakleethrive23

#shakleetriumph23

#blogmegashaklee

#pengedarshakleepuchong

#pengedarshakleesemenyih



Comments

Popular posts from this blog

Bestnya Dapat Makan Vitamin Shaklee PERCUMA Dengan Cash Rebate Ahli!

Tips Luka Jahitan Cepat Sihat

Bisnes Online Pilihan Yang Tepat