Keburukan Intermitten Fasting


Assalamualaikum semua pembaca yang dihormatišŸ„°Salam Ramadhan 1444H.

Ramai dikalangan kita suka kelihatan kurus dan cantik bukan? Fokus cantik dan memiliki tubuh badan yang ramping menjadi dambaan khususnya para wanita.

Melalui fokus ini, ramai yang telah mencuba teknik trending terbaru iaitu Intermitten Fasting. IF ini sangatlah viral dan popular dalam kalangan selebriti seperti Lisa Surihani.


Apa itu Intermitten Fasting?

Intermitten Fasting adalah satu kaedah berpuasa yang panjang tanpa makanan, akan tetapi dibolehkan minum air tanpa kalori.


Keburukan Intermittent Fasting yang ramai tak tahu 

1. Terdapat laporan individu yang menjalani IF berdepan dengan masalah kesan sampingan seperti sakit kepala, kekurangan tenaga melampau dan sesak nafas. Ini kerana seseorang akan mengalami masalah kadar gula dalam darah menurun sehingga menyebabkan kesan- kesan di atas. 

2. Tidak semua golongan boleh menjalani IF contohnya ibu mengandung, orang sakit dan orang yang mempunyai masalah gangguan pemakanan. 

3. Teknik IF ini akan meningkatkan kadar Ghrelin dalam badan. Ghrelin adalah hormon yang merangsang rasa lapar dalam badan manusia

4. Tahap kolagen dalam badan akan berkurangan sebanyak 90%. Ini akan menyebabkan kulit muka kendur, mengggeleber, kering, kusam dan nampak lebih tua dari usia sebenar. 

5. Tahap kolesterol akan meningkat. Jika kalian mengamalkan IF dengan diet yang tidak betul, paras kolesterol dalam darah akan meningkat. no

Apakah itu Autophagy? 

Autophagy adalah keadaan dimana cara- cara sel mereset, membersihkan, membaik pulih dirinya yang telah rosak dan menjana penghasilan dirinya yang lebih sihat. Autophagy inilah manfaat terbesar pabila kita berpuasa dan menjalani Intermittent Fasting. 

Klik sini untuk info lanjut mengenai Autophagy.

Bila Autophagy akan berlaku?

Autophagy akan berlaku pabila kita menjalani IF selepas 20 jam dan akan mencapai kemuncaknya selepas 72 jam. Manakala Autophagy berlaku ketika kita berpuasa tanpa makan dan minum. 

Autophagy berpuasa anjuran Rasulullah SAW adalah 3 kali lebih baik dari menjalani IF. Ini kerana kita ada sela masa untuk bersahur dan berbuka bagi membantu menaikkan bendalir dalam badan kita. 

Apakah Cara Terbaik untuk Kurus Lebih Sihat?

Amalkanlah berpuasa cara Rasulullah SAW tanpa perlu menjalani IF selama 3 hari untuk mencapai autophagy dan misi kurus cantik yang kita inginkan. Ini kerana badan kita memerlukan sekurang- kurangnya 100gram karbohidrat setiap hari supaya otak kita berfungsi dengan baik.

Manfaat Autophagy

1. Mencegah penuaan dan memanjangkan umur. 

Ini kerana manfaat autophagy adalah meremajakan sel tubuh dan mencegah proses penuaan. Apabila sel- sel baru yang sihat terbentuk, maka ianya akan membuatkan kita panjang umur.


2. Menjaga fungsi tubuh dalam dalam kondisi yang minimum. Mekanisme ini menjaga fungsi tubuh normal sekalipun badan kita dalam keadaan kekurangan karbohidrat. 


3. Mencegah kanser. 

Pembentukan sel kanser bermula dari sel yang rosak atau bermutasi. Tubuh akan mengenali sel- sel yang rosak ini dan membuangnya dalam proses Autophagy. Mekanisme memakan sel inilah yang akan membuatkan badan kita menghasilkan sel yang lebih sihat .

Tahukah kalian, terdapat 5 jenis supplemen yang boleh mengaktifkan autophagy. 

Apakah Supplemen yang mengaktifkan Autophagy?

1. Resveratrol

2. Astaxanthin

3. Berberine

4. Citrus Bergamot

5. Turmeric


Di dalam produk Shaklee, kalian boleh mendapatkan khasiat yang sama seperti di atas pada produk Vivix dan CoQ- Trol Plus. 

Vivix

Vivix adalah campuran proprietari hebat berbentuk cecair, hasil campuran polifenol dan resveratrol yang penuh dengan antioksidan dari anggur Muscadine, ekstrak knotweed Jepun, lobak ungu dan elderberi Eropah. 



Bahan botani ini memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan sel dan menggalakkan kepanjangan umur. 

CoQ- Trol Plus

CoQ Trol Plus membekalkan sebatian semulajadi dan proprietari 100mg CoQ10 bersama tokoferol dan resveratrol. 



CoQ Trol ini penting untuk penghasilan tenaga. Bantu menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari.


Untuk mendapatkan kesan optimum, pilihlah supplemen tambahan iaitu Collagen Plus Powder. 


Collagen Plus Powder Shaklee diekstrak dari sisik ikan merah laut yang merupakan sumber kolagen yang tahan lasak dan berkualiti tinggi. Molekul lebih ringan dan kecil untuk memudahkan penyerapan optimum. Disokong dengan Vitamin B12 dan B6 bagi menyokong metabolisme tenaga untuk penghasilan kolagen dalam sel. 


Penting sangat kolagen ini untuk memastikan kulit tidak kendur dan tidak kering, tidak menggeleber dan kembali tegang. Takda lah nampak kulit keriput pabila kehilangan berat yang banyak. 


Kesimpulan 

Kesimpulannya, kita perlu kenal dan tahu akan keupayaan dan kemampuan masing- masing untuk menjalani teknik IF. Apapun, berbalik la kepada ibadah berpuasa yang telah disarankan oleh Rasulullah SAW. 

Namun, kalau nak teruskan IF, kalian perlu ada ilmu serba sedikit mengenai nutrisi dan supplemen terbaik yang dapat membantu untuk lebih sihat dengan cara yang terbaik buat kalian. 

Nak pilih supplemen terbaik, pilihlah Shaklee. 

Inshaa Allah, kalian akan rasai perbezaannya. 

" Change Your Live by Changing Your Brand"

"Choose Shaklee"


Semoga bermanfaat,

Aina Yunus,


#shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#projekmegablog

#pengedarshakleepuchong

Comments

Popular posts from this blog

Bestnya Dapat Makan Vitamin Shaklee PERCUMA Dengan Cash Rebate Ahli!

7 Tips Kurus Dengan Cepat

Ada 5 Jenis Vitamin Kulit, Bukan Sekadar Vitamin C Sahaja Ye!