5 Idea Menu Sahur Sihat Dan Mudah


Assalamualaikum dan selamat menyambut bulan Ramadhan buat seluruh umat Islam. Semoga Ramadhan kali ini kita dapat menyambutnya dengan penuh ketaqwaan dan lebih baik.


Kali ini Aina suka nak berkongsi 5 idea menu sahur yang sihat dan mudah untuk disediakan sepanjang berpuasa. 


Jom kita lihat:-


1# Chicken Wrap

Bahan-bahan:

Roti tortilla

Ayam dada-diperap dengan lada hitam, bawang putih dan garam.

Salad

Tomato-dipotong nipis

Lobak merah -disagat

Lada benggala -dihiris nipis

Bawang holland -dihiris nipis

Sos cili dan mayonis

Cara-caranya:

1. Panaskan roti tortilla guna non-stick pan.

2. Panggang ayam sehingga masak.

3. Sediakan roti tortilla, susun salad, tomato,lobak merah, lada benggala, dan bawang.

4. Letak sedikit sos cili dan mayonis.

5. Balut wrap dengan kemas.


2# Roti Wholemeal With Scrambled Egg

Bahan-bahan:

2 biji telur

Sedikit garam & lada hitam

Sedikit Unsalted butter

2 keping roti wholemeal

Salad,tomato,timun

Cara-caranya:

1. Pukul telur dan masukkan sedikit garam dan lada hitam.

2. Panaskan non-stick pan dan cairkan butter.

3. Tuang telur dan masak dengan api yang kecil. Kacau sampai hancur.

4. Dah masak boleh letak atas sekeping roti. 

5. Susun salad,tomato dan timun kemudian tutup dengan sekeping roti lagi.


3# Omelette

Bahan-bahan:

3 biji telur

Sedikit cendawan butang-dihiris nipis

Sedikit brokoli -dihiris nipis

Sedikit tomato -dipotong dadu

bawang putih -dicincang

Bawang besar - dipotong dadu

Minyak zaitun

Sedikit garam dan lada sulah

Cara-caranya:

1. Pukul telur guna whisk. Masukkan garam dan lada sulah.

2. Panaskan grill pan, tumis bawang putih dengan minyak zaitun.

3. Bila dah wangi, masukkan bawang besar, brokoli, cendawan butang dan tomato.

4. Masak sebentar dan angkat.

5. Guna pan yang sama untuk masak telur. Apabila telur hampir masak letakkan sayur di tengah nya.

6. Lipat telur dan boleh angkat.


4# Overnight Oat

Bahan-bahan:

1/2 cawan rolled oat

1/2 cawan susu full cream

1/4 cawan plain yogurt

1 sudu besar chia seeds

1 sudu besar madu

1/2 biji pisang (dihiris/didadu)

1 sudu besar Nutella

Kekacang (walnut/almond/peanut)

Cara-caranya:

1. Campurkan rolled oat bersama susu, yogurt, chia seeds dan madu.

2. gaul hingga sebati.

3. Tuang ke dalam bekas bertutup dan simpan dalam peti sejuk semalaman.

4. Apabila nak makan boleh masukkan nutella, hirisan pisang dan kekacang.


5# Protien Shake

Bahan-bahan:

250 ml- 400ml air suam/sejuk 

2 scoops Protien Shake Shaklee (Cinch Shake)

3 sudu besar ESP Shaklee

Cara-caranya:

1. Tuang air dalam shaker atau botol.

2. masukkan protien shake dengan Esp Shaklee.

3. Shake hingga sebati.


Pengalaman Aina sendiri bersahur dengan Set Puasa Shaklee sangat banyak membantu. Bukan sahaja mudah nak sediakan tapi sangat jimat masa. Dan tidak risau jika ada terlewat bangkit untuk sahur kerana minuman protin daripada Shaklee ini memberikan rasa kenyang lebih lama dan semestinya mudah untuk diambil dengan cepat.


Berminat nak tahu lanjut mengenai Protin Shake daripada Shaklee, boleh terus whatsapp Aina 018-2123051 .

#blogmegashaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#pengedarshakleepuchong

#pengedarshakleesemenyih

Comments

Popular posts from this blog

Bestnya Dapat Makan Vitamin Shaklee PERCUMA Dengan Cash Rebate Ahli!

7 Tips Kurus Dengan Cepat

Ada 5 Jenis Vitamin Kulit, Bukan Sekadar Vitamin C Sahaja Ye!