Hari Raya Open House

 Assalamualaikum semua pembacašŸ„° Masih belum terlambat untuk Aina ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin. Semoga hari kemenangan yang kita sambut kali ini memberi makna kepada kita semua.

Syawal kali ini amat berbeza bagi Aina. Setelah 4 tahun, Aina dan suami dapat merasai juga pagi raya bersama mak abah di Semenyih. Masya Allah tabarakallah.. seronok tida  tergambar.Terima kasih buat suami yang beri peluang tahun ini nak beraya bersama kedua ibubapa yang semakin meniti usia.

Aina dan anak2 dapat pulang ke rumah mak abah dua hari sebelum raya.Alhamdulillah dapat lah berpuasa Ramadhan bersama mereka.Waktu yang ada juga ni Aina dan mak membuat persiapan juadah untuk memasak raya.

Kami memilih untuk sediakan bahan- bahan memasak awal supaya proses memasak tidak mengambil masa yang lama. Ada juga lauk pauk yang sesuai kami buat sejuk beku.Semuanya berkaitan bijak merancang.

Hasilnya, raya kali ini Allah izinkan kami sekeluarga dan mak abah dapat hadir solat raya awal di masjid.Syukur alhamdulillah..Sebelum pergi solat raya, kami sekeluarga dapat menikmati pelbagai juadah yang sangat menyelerakan.Antaranya daging dendeng air tangan Aina, nasi impit kuah lontong air tangan mak, rendang ayam, rendang daging dan macam macam lagi.

Rasa beraya kali ini cukup berbeza sebabnya adik beradik semua dapat berkumpul dan berjumpa. Suasana meriah sangat..Habis solat raya, kami berkumpul untuk bermaafan juga menyambut hari lahir anak sulong Aina dan juga abang sulong serta adik bongsu Aina.

Selesai beraya rumah mak abah di Semenyih, Aina sekeluarga pulang semula ke Puchong untuk hadir beraya di Open House rumah kakak kakak ipar disana. Banyak rumah terbuka yang kami kunjungi pada hari raya pertama. Alhamdulillah semuanya dipermudahkan...

Syawal kali ini juga Aina dan suami berkesempatan mengadakan Open House di teratak kami buat pertama kalinya. Masya Allah perasaan yang sangat puas dan seronok dapat menjamu tetamu yang hadir.Antaranya ahli keluarga sebelah suami, mak abah dan adik beradik Aina juga kenalan cikgu sekolah anak-anak. Syukur Allah mudahkan segalanya...


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

Comments

Popular posts from this blog

Bestnya Dapat Makan Vitamin Shaklee PERCUMA Dengan Cash Rebate Ahli!

7 Tips Kurus Dengan Cepat

Ada 5 Jenis Vitamin Kulit, Bukan Sekadar Vitamin C Sahaja Ye!