8 Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee 2023

 

Tips makan sihat di hari raya dengan Shaklee

Tahun ini dapat lagi beraya. Makanan adalah salah satu benda wajib di hari raya. Akan ada bermacam juadah dan hidangan disediakan seperti ketupat, rendang ayam, rendang daging, sate, kuah kacang, lontong, kuih muih, biskut dan kek lapis. Memang pasti makan banyak. Kali ini Aina nak kongsikan tips mengawal makan secara sihat ketika hari raya agar kita dapat mengekalkan berat badan sihat.


Ini 8 Tips Makan Sihat di Hari Raya Dengan Shaklee

1. Elak minuman manis

Paling bagus cuba elakkan atau kurangkan minuman manis termasuk yang bergas. Bila beraya memang akan dihidangkan air bergas, sirap atau kordial dan semuanya tinggi kandungan gula, perisa dan pewarna yang tidak berapa bagus untuk kesihatan badan. Ini membuatkan kita rasa cepat kenyang tapi akan cepat lapar juga.  Agak susah nak berhenti tapi sekurangnya cuba untuk mengawal dari minum banyak. Amalkan minum air kosong atau air masak lebih. 

2. Jauhkan dari makanan

Bila selalu tengok makanan memang boleh mendorong nafsu makan terutama hari raya ada beraneka jenis juadah raya kan. So cara terbaik cuba jauhkan diri dari tengok makanan. Lepas makan terus beredar dari dapur. 

3. Kawal portion makan

Seeloknya cuba kawal jumlah hidangan. Boleh ambil atau cuba semua jenis makanan tapi amik dalam jumlah yang sedikit sekadar buat rasa. 

4. Lebihkan air kosong

Salah satu tips mudah jaga makan terutama di hari raya dengan cara rajin minum air kosong. Air kosong tiada kalori dan bagus untuk sistem badan termasuk sistem penghadaman dan metabolisme badan. Bila dah terbiasa minum air kosong lama secara tak langsung dapat kurangkan air manis.

5. Amik protein

Protein ini yang ramai terlupa. Berdasarkan bacaan Aina, bila cukup protein dapat membantu mengurangkan selera makan, mengurangkan rasa lapar, dan mengurangkan paras hormon ghrelin dan meningkatkan hormon kenyang. 

Jika jenis kuat makan, cuba minum protein waktu pagi sebelum makan pada hari raya. Akan rasa lebih kenyang lama dan kurang nak makan macam-macam. Atau jika ada pergi rumah terbuka raya, minum dulu protein shake sebelum beraya. Bila dah kenyang, automatik tak rasa nak makan banyak.

6. Minum teh hijau

Teh hijau sangat popular untuk mereka yang nak kurus dan mengawal makan. Boleh amal minum sebelum makan, sebelum jalan beraya atau sebelum pergi rumah terbuka untuk mengawal selera makan. Teh hijau juga membantu meningkatkan pembakaran lemak.

Boleh cuba minum Tea Mix Shaklee macam Aina minum ni. Ada teh hijau, teh putih, dan red tea yang bagus untuk kesihatan badan. Juga bagus untuk mengawal craving makan macam-macam. 

7. Puasa enam

Boleh juga buat puasa enam pada bulan syawal atau hari raya. Ini salah satu cara terbaik untuk makan secara sihat dan mengawal berat badan. Bukan saja dapat pahala lebih, tapi berpuasa juga membantu kita untuk banyak bersabar dan mengawal nafsu makan. 

Boleh minum protein shake masa sahur untuk membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan badan bertenaga semasa buat puasa enam. 


8. Amik set detox

Bila beraya memang akan makan banyak. Tapi proses detox tak berapa nak lancar. Jadi, boleh cuba ambil Herblax untuk fokus membantu mudah membuang dan mengeluarkan toksin bila dah berlebihan makan. Yang menarik herblax ini bila makan malam, waktu pagi esoknya kan terus membuang. Perut juga jadi lebih selesa.


Satu lagi agen detox yang bagus iaitu Alfalfa. Alfalfa boleh membantu membuang angin, menyingkirkan kolesterol, membersihkan hati, kolon, dan darah. Macam Aina sendiri, setiap kali lepas makan berat akan makan alfalfa ini setiap hari. 

Itulah dia 8 tips makan secara sihat di hari raya yang bolah diamalkan. Memang ada yang rasa agak sukar nak dibuat tapi sekurangnya kita dah tahu dan boleh cuba untuk buat. 

Apapun Aina nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua. Moga semua sihat dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang. 
Maaf Zahir & Batin.


#NextlevelBlogging
#Shakleetriumph2023
#shakleethrive2023


Comments

Popular posts from this blog

Bestnya Dapat Makan Vitamin Shaklee PERCUMA Dengan Cash Rebate Ahli!

Tips Luka Jahitan Cepat Sihat

Bisnes Online Pilihan Yang Tepat