Motivasi Untuk Terus Hidup
Assalamualaikum buat semua pembaca yang dihormati.
Kehidupan kita terlalu banyak cabaran dan ujian yang mana kadang kala buat kita rasa lelah untuk melalui nya..
Mudah-mudahan dengan perkongsian kata-kata motivasi ini mampu menghidupkan semula hati-hati kita dan kita semua perolehi kehidupan yang penuh ketenangan..
Biiznillah..In Sya Allah...
PERBAHARUI HIDUP KITA🌹
Ramai yang menunggu momen yang sesuai untuk melakukan perubahan.Hakikatnya perubahan bergantung pada diri kita sendiri.
Muhasabah diri setiap waktu agar kita tahu kekurangan diri lalu membuat perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk perbaiki diri serta meninggalkan hal-hal yang merugikan.
Penuhkan jiwa dengan harapan dan kesedaran.
Jangan biarkan kita diselubungi perasaan banyak berdosa sehingga menghalang kita untuk kembali kepada Nya.
Allah SWT akan berikan belas kasih-Nya apabila manusia mengharapkannya dan bersangka baik kepadaNya.
Perbaharuilah hidup dengan TAUBAT. Kerana dengan taubat memberi kehidupan yang baru setelah jatuh terhina.
Taubat bukan tanda kita gagal berusaha.Taubat adalah keteguhan manusia menuju keimanan dan kebaikkan.
HIDUPLAH UNTUK HARI INI🌹
Hiduplah untuk hari ini dan saat ini.
Jangan rosakkan masa sekarang dengan kesulitan yang belum pasti terjadi. Tindakan utama yang mesti dilakukan seseorang adalah mengawal harinya sendiri.
Orang yang kerap mengeluh padahal memiliki banyak kenikmatan, akan sukar memanfaatkan apa yang dimilikinya.Sedikit yang cukup itu jauh lebih baik daripada banyak yang melalaikan.
Hidup pada hari ini bukan bererti mengabaikan masa depan atau tidak bersiap-siap menghadapinya.
Umur seseorang dicuri ketika dia melalaikan hari ini kerana merisaukan hari esok lalu terus tenggelam dalam risau dan gelisah hingga kematian datang, sementara tangannya kosong daripada kebaikkan.
HADAPI KESULITAN DENGAN KETEGUHAN DAN KESEDARAN🌹
Ketika menghadapi kesusahan yang membuatkan kita rasa diri tidak lagi berharga, apa yang akan kita lakukan?
Dale Carnegie berkata:-
Tanyalah diri anda, "Apa kemungkinan terburuk yang akan menimpaku?"
Kemudian, persiapkan diri anda untuk menerima kemungkinan terburuk.
Kemudian, segera rancang persiapan untuk menyelesaikan apa-apa urusan yang boleh diselesaikan.
Tenang menghadapi musibah yang terjadi.
Manusia pada dasarnya takut memikul beban yang berat atau masalah yang sulit sehingga sering kali langkah pertama yang terlintas dalam fikiran adalah lari dan menghindar.Orang yang berjiwa besar akan menghadapi kehilangan dan kesulitan dengan sikap teguh dan berani.
Beza antara kesabaran dengan kepasrahan:-
Orang yang pasrah akan berdiam diri tanpa melakukan apa-apa ketika menghadapi musibah atau kesulitan.
Orang yang sabar akan menerima setiap kesulitan dan masalah kemudian berjuang tanpa putus asa sehingga masalah diselesaikan.
Jaddid hayatak❤️
#ainashaklee
#jomshaklee
#SihatItuJihad
Comments
Post a Comment