Multivitamin Shaklee Berwajah Baru
Assalamualaikum semua pembaca yang dihormati.
Kali ni Aina nak memperkenalkan Multivitamin Shaklee yang telah berwajah baru dan formula juga diperbaharui. Sebelum ni kita dah biasa dengan Vita-lea with Iron. Kini pada tahun 2023, nama pun dah berubah jadi Vita-Lize. Setakat ni pada bulan Mei, kita baru sahaja diberitahu tentangnya. Tapi ia akan mula dijual mulai bulan Jun 2023.
Multivitamin Shaklee Baru : Vita-Lize
- Setiap hidangan Vita-Lize membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting.
- 2 tablet Vita-Lize membekalkan 600 mcg asid folik dan Vitamin B.
- Sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang direka untuk memastikan penyerapan asid folik.
Senarai Ramuan Yang Terkandung dalam Vita-Lize Bersama Amaunnya dalam Setiap Tablet
- Vitamin A (sebagai Beta-Karotena & Vitamin A Asetat) – 2000 IU
- Vitamin C (sebagai asid askorbik) – 60 mg
- Vitamin D3 (sebagai kolekalsiferol) – 350 IU
- Vitamin E (sebagai alfa-d tokoferil asid suksinat) – 30 IU
- Tiamina (sebagai tiamina mononitrat) – 0.75 mg
- Riboflavin – 0.85 mg
- Niasin (sebagai niasinamida) – 10 mg
- Vitamin B6 (sebagai pirodoksin hidroklorida) – 1 mg
- Folat (sebagai asid folik) – 300 mcg
- Vitamin B12 (sebagai cynacobalamin) – 3 mcg
- Biotin (sebagai biotin-d) – 150 mcg
- Asid Pantotenik (sebagai kalsium-d pantonetat) – 5 mg
- Kalsium (sebagai dikalsium fosfat) – 225 mg
- Fosforus (sebagai dikalsium fosfat) – 173.9 mg
- Iodin (sebagai kalium iodida dan rumpai laut) – 75 mg
- Magnesium (sebagai magnesium oksida) – 100 mg
- Zink (sebagai zink glukonat) – 6.75 mg
- Selenium (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 35 mcg
- Kuprum (sebagai kuprum glukonat) – 0.8 mg
- Mangan (sebagai mangan glukonat) – 1 mg
- Kromium (sebagai mineral surih hidrosilat protein) – 60 mcg
- Molibdenum (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 37.5 mcg
- Boron (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 0.5 mcg
- Zat Besi (sebagai mineral surih hidrolisat protein) – 9 mcg
- Vitamin K1 (sebagai phytonadione) – 40 mcg
Perbezaan Antara Vita-Lea with Iron dengan Vita-Lize
- Vitamin A : daripada 2500 IU kepada 2000 IU
- Vitamin D3 : daripada 200 IU kepada 350 IU
- Folat : 200 mcg kepada 300 mcg
- Fosforus : daripada 175 mg kepada 173.9 mg
- Zink : daripada 7.5 mg kepada 6.75 mg
- Kuprum : daripada 1 mg kepada 0.8 mg
- Nikel, Tin, Vanadium : tiada lagi dah
- Vitamin K1 – daripada 0 kepada 40 mg
- Untuk dewasa sahaja.
- Ambil 2 tablet sekali sehari bersama makanan sebagai keperluan asas kita setiap hari.
Ada yang mempertikaikan. Perlu ke kita ambil multivitamin ni? Setiap hari pula tu?
Soalan : Mampukah kita mengambil semua ini dalam sehari?
- Zat Besi – 1 cawan kubis Brussels
- Vitamin C – 2 biji oren saiz sederhana
- Vitamin D – 5 cawan susu difortifikasi
- Vitamin E – 31 biji kacang badam dipanggang
- Vitamin A – 10 cawan brokoli
- Tiamin – 2 cawan bijirin difortifikasi
- Biotin – 3 biji telur
- Asid Pantotenik – 17 cawan cendawan
- Kromium – 200 gelas anggur
- Magnesium – 1.5 hidangan kekacang campuran
Keistimewaan Multivitamin Shaklee
Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta multivitamin antara yang pertama di Amerika Syarikat. Hasil inovasi lebih daripada 100 tahun ini telah membawa kepada formulasi Vita-Lize.
Siapa yang Perlu Mengambil Multivitamin Shaklee Vita-Lize?
- Dewasa kurang berat badan
- Dewasa aktif
- Dewasa dengan diet yang tidak seimbang
- Dewasa tertekan
- Dewasa sibuk
- Ibu hamil dan menyusu
Kesan Kekurangan Mikronutrien
Dengan gaya hidup masa kini yang kebiasaannya sibuk, makan tak terjaga dan tak seimbang, banyak makanan terproses dan stress yang tinggi, kita tak boleh menafikan bahawa kita ni sebenarnya dah jadi sangat kekurangan dari segi keperluan nutrisi sehari-harian.
Bila keperluan seharian kita tak dicukupi dengan sempurna, badan kita tak akan berfungsi secara paling optimum. Itu yang kita akan mula merasai simptom-simptom yang kita tidak lagi sesihat masa kita masih muda.
Kita sendiri boleh rasa apa yang tak kena dengan badan kita. Bila usia kita dah semakin meningkat, ada perkara berkaitan tubuh kita yang kita akan perasan makin ketara. Paling common adalah masalah kelesuan.
Kemudian bila keperluan tubuh kita tak dipenuhi setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun, maka nantikanlah ketika usia kita dah mencecah 40an dan 50an, akan ada simptom penuaan dan masalah kesihatan yang akan terserlah.
Kebaikan Mengambil Multivitamin Shaklee Setiap Hari
Sebab itu, untuk memenuhi keperluan mikronutrien kita setiap hari, kita mesti cari sesuatu untuk melengkapkannya. Multivitamin dan multimineral seperti multivitamin Shaklee ni akan sangat-sangat membantu.
Cubalah ikut cadangan pengambilan Vita-Lize ini setiap hari. Dan rasakan perbezaan pada tubuh badan kita.
Paling best adalah multivitamin Shaklee ni sangat membantu dari segi peningkatan tenaga dalam tubuh kita. Supaya lewat petang ketika baru pulang daripada bekerja, kita takkan terasa terlalu lesu seperti kebiasaan. Kita rasa macam masih cergas lagi. Nak settlekan segala kerja-kerja rumah pun, terasa lebih bertenaga dan tak memenatkan berbanding dahulu. Itulah nilai dalam hidup yang dapat dipertingkatkan bila kita tahu apa nak cukupkan dalam keperluan diet seharian kita.
Bila badan kita terasa makin bertenaga, ia akan berikan kita mood yang lebih baik dan positif. Pastinya kita dapat berdepan dengan keluarga dalam suasana yang lebih tenang dan gembira. Anak-anak pun tak stress bila ibu atau bapanya tenang-tenang sahaja walaupun penat-penat balik daripada bekerja. Anak-anak pun nakkan ketenangan di rumah selepas seharian bersekolah. Dan ibu bapa lah pencorak kepada mood dan suasana di rumah. Jaga kesihatan kita baik-baik agar mood satu keluarga pun baik-baik saja setiap hari.
Perbandingan Pasaran Multivitamin
Memang ada banyak sangat jenama multivitamin yang ada di pasaran. Soalnya kita nak pilih yang mana?
Selepas meneliti kandungan sesuatu multivitamin itu, lihat pula adakah jenama yang anda pilih itu pernah melakukan ujian saintifik yang disokong oleh Kajian Klinikal (Landmark Study)? Kajian Klinikal ini adalah kajian yang dijalankan ke atas pengguna produk itu dalam jangka masa yang panjang (lebih 17 tahun lamanya). Bila ada kajian seperti ni, kita dapat lihat bukti tahap kesihatan orang yang dah consume produk tu begitu lama. Dia makin sihat ataupun makin mudarat dengan sebarang kesan sampingan?
Dalam Shaklee, ada Kajian Klinikal ni. Dan Shaklee merupakan satu-satunya syarikat supplemen semulajadi di dunia yang telah melakukan Landmark Study ini. Lebih-lebih lagi dengan pengguna yang mengamalkan multivitamin Shaklee iaitu produk Shaklee yang tertua sekali.
Selain itu, multivitamin Shaklee Vita-Lize memiliki sistem penghantaran salutan mikro berpaten untuk memastikan penyerapan paling berkesan untuk asid folik. Ini kerana asid folik adalah jenis Vitamin B yang sangat susah untuk diserap. Jadi Shaklee menjalankan kajian tentang macamana asid folik ni untuk dapat terserap secara paling optimum. Dah jumpa cara, Shaklee patenkan pula kaedah yang eksklusif ini supaya hanya Shaklee je syarikat pengeluar yang memiliki teknologi ini pada multivitamin nya.
Nak dapatkan multivitamin Shaklee Vita-Lize? Terus hubungi Aina 018-2123051.
Jom dapatkan segera. PM Aina dan Aina bantu.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1180191
Sekian. Semoga entry Aina ini memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Comments
Post a Comment